Selain daripada Takaful Nyawa, pengguna setia Tone Wow juga layak menikmati Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident) secara percuma. Sila ambil perhatian bahawa perlindungan ini mempunyai syarat teknikal yang sangat spesifik mengikut jenis simkad yang anda gunakan.

Jadual Manfaat LINDUNG 2.0 SIM

Jenis SIM Manfaat PA Takaful Manfaat LIFE Takaful
LITE RM 30,000 (Tiada cover motorsikal) Tiada
PRO RM 30,000 (Tiada cover motorsikal) RM 4,000
BIZ RM 50,000 (Tiada cover motorsikal) RM 4,000

Pekerjaan & Aktiviti Yang Dikecualikan (Exclusions)

Perlindungan PA TIDAK MERANGKUMI individu yang bekerja dalam sektor berikut semasa bertugas:

  • Anggota Angkatan Tentera (Armed Forces), Polis, Bomba, dan Pengawal Keselamatan.
  • Kru Penerbangan atau krew kapal laut.
  • Pekerja lombong, pembalak, atau pekerja yang mengendalikan bahan letupan.
  • Penunggang/Pembonceng Motorsikal (khusus untuk tuntutan PA Kemalangan).

Prosedur Tuntutan (Claim)

Gunakan aplikasi Tone Wow 2.0 untuk menyemak status. Segala notis tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh 90 hari ke support@tonewow.net dengan dokumen pengesahan (CTC).

📢 Nota Penting: Barred Status

Sekiranya nombor anda berada dalam status BARRED (sekatan) atau tidak aktif pada tarikh kejadian, anda secara automatik tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan insurans.

Soalan Lazim (FAQ) Kemalangan Diri (PA)

1. Adakah kematian akibat motorsikal dilindungi?
Bagi PA Takaful: Tidak dilindungi (Rider/Passenger).
Bagi LIFE Takaful: Ya, kematian akibat motorsikal tetap dilindungi di bawah manfaat hayat.

2. Adakah penyakit sedia ada (pre-existing illness) dilindungi?
Tidak. PA Takaful hanya melindungi kecederaan fizikal yang disebabkan sepenuhnya oleh kemalangan luaran yang ganas dan tidak sengaja.

3. Saya kerja Bomba/Tentera, adakah saya dilindungi?
Anda tidak dilindungi di bawah PA Takaful sekiranya kemalangan berlaku semasa anda sedang bertugas (on-duty).

4. Bolehkah saya buat tuntutan jika nombor saya kena 'Barred'?
Tidak boleh. Nombor mestilah dalam status ACTIVE untuk layak menerima perlindungan bulanan.

5. Bagaimana cara semak sijil insurans saya?
Sila log masuk ke aplikasi Tone Wow 2.0 atau portal TWMMS untuk melihat butiran sijil induk anda.

6. Adakah aktiviti sukan ekstrem dilindungi?
Tidak. Aktiviti seperti payung terjun, perlumbaan kenderaan, dan sukan profesional dikecualikan.

7. Jika saya memandu di bawah pengaruh alkohol, bolehkah saya tuntut?
Tidak. Sebarang kemalangan yang berpunca daripada pengaruh alkohol atau dadah akan membatalkan kelayakan tuntutan.

Terbaru Lebih lama