Salah satu soalan yang paling kerap ditanya adalah: "Boleh ke saya pakai nombor lama kalau tukar ke Tone Wow?" Jawapannya adalah BOLEH melalui proses yang dipanggil MNP (Mobile Number Portability).

Nota Penting: Sebelum memulakan proses MNP, pastikan anda telah memilih Tone Wow Plan yang sesuai dengan bajet anda agar proses pengaktifan berjalan lancar.

Syarat Utama Sebelum MNP

  • Tiada Kontrak: Pastikan nombor lama anda tidak terikat dengan sebarang kontrak syarikat telco asal.
  • Tiada Tunggakan: Selesaikan semua bil (untuk Postpaid) atau pastikan baki kredit masih aktif (untuk Prepaid).
  • Maklumat Tepat: Pastikan nombor didaftarkan atas nama dan IC/Passport yang sama dengan pemohon.
  • Kad Sim Aktif: Nombor lama mesti dalam keadaan aktif dan boleh menerima SMS pengesahan.

Langkah Demi Langkah Proses MNP

  1. Beli Simkad Tone Wow: Dapatkan simkad baharu daripada ejen sah (WhatsApp saya di bawah).
  2. Proses Pendaftaran: Berikan maklumat nombor lama dan telco asal kepada ejen untuk didaftarkan dalam sistem.
  3. SMS Pengesahan: Anda akan menerima SMS daripada telco asal. Balas YES (atau ikut arahan SMS) dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya 2 jam).
  4. Tunggu Isyarat: Apabila simkad lama anda sudah tiada line (No Service), masukkan simkad Tone Wow anda. Proses selesai!

Tips Teknikal: Jangan cabut simkad lama anda selagi belum mendapat status "No Service" untuk memastikan anda tidak terlepas SMS pengesahan penting.

Nak Saya Bantu Proses MNP Anda?

Jangan risau, saya akan bantu audit pendaftaran anda secara percuma untuk elakkan proses MNP gagal.

WHATSAPP SAYA SEKARANG
Terbaru Lebih lama